Sunday, March 18, 2007

Di rembang panas mentari

Bila cuaca panas begini, kehadiran hujan sangat dinanti. Bukan mahu merungut. Merungut kurnian Ilahi sesuatu yang harus kita jauhi...tapi kadang kadang rungutan itu terlepas juga. Astaghafirullah!!!. kecil sangat ujian yang diberi. Sekarang ini, ramai yang mampu membeli alat penghawa dingin di rumah. Kalau yang jenama dari China dengan budget lebih kurang RM 600.00 kita sudah boleh memiliki alat penghawa dingin. Cukup untuk menyejukkan bilik besaiz biasa. Walaupun bil elektrik bulanan sedikit mahal, tapi ia amat membantu untuk tidur lebih nyenyak.

Teesh...dalam banyak banyak lagu pasal "rain" i suka lagu ni...

Listen to the pouring rain
Listen to it pour,
And with every drop of rain
You know I love you more
Let it rain all night long,
Let my love for you go strong,
As long as we're together
Who cares about the weather?
Listen to the falling rain,Listen to it fall,
And with every drop of rain,
I can hear you call,
Call my name right out loud,
I can here above the clouds
And I'm here among the puddles,
You and I together huddle.
Listen to the falling rain,
Listen to it fall.
..
It's raining,
It's pouring,
The old man is snoring,
Went to bad
And bumped his head,
He couldn't get up in the morning,
Listen to the falling rain..listen to the rain
...
Tadi, tiba tiba di rembang panas mentari postman sampai, menghantar sebuah sampul kuning. Bagus juga di Kedah ini hari Ahad adalah hari bekerja. Masa aku kecil dulu selalu juga melihat kakak kakak aku menanti postman di atas tangga rumah. Kakak yang dapat surut seronok bukan main yang tidak dapat masam muka macam cuka. Mereka ni ada sahabat pena. Dari mana mereka dapat akupun tak tahu....Kembang Setaman kot. Yalah zaman mereka dulu mana ada emel mana ada sms. Part yang paling best salah sorang kakak aku tu kawin dengan postman. Aku mula tahu handsomenya muka postman ni...bila tunggu result dari UPU dan 4 tahun kemudian tunggu surat interview kerja. Postman juga mengingatkan aku sebuah cerita yang aku dengan kawan kawan pergi menonton ramai ramai dekat rumah kawan aku ketika keluarga dia tiada di rumah..."The postman always rings twice" versi yang tidak disensor. Semua yang tengok bukan faham cerita tu sangat tapi scene "tu" lah yang membuat kami sexcited sangat..hehe.
.
Bila musim AF bermula, teringat blog Santapanhati. Hari tu tengok juga concert pertama AF5...sekadar menghidupkan rutin lama. Kata kata yang pertama yang keluar dari mulut aku ialah "takda yang macam Mawi". Akupun tidak tahu sama ada minggu depan aku akan tengok lagi atau tidak...kalau boleh aku nak tengok masa final saja macam Raja Lawak, MI dan Piala Malaysia.

Sunday, March 11, 2007

Gerimis

Hajan kembali berkurangan di sini. Cuma sesekali gerimis. Suatu petang beberapa hari yang lalu aku terlihat pelangi melingkar di parabola langit. Indah sungguh kejadian alam ini. Mencelah disinar malap mentari sambil disimbah gerimis senja. Teesh...i suka kesemua warnanya.
.
Entah kenapa seminggu kebalakangan ini aku asyik teringat seorang kawan lama. Kawan lama masa sekolah rendah. Mungkin kerana iklan Mukhsin yang selalu tunjuk dekat TV…buat hati rindu pada zaman budak budak. Tenguk game Liverpool lawan Barcelona beberapa hari lalu juga membuat aku teringat pada kawan aku yang seorang ini. Kawan aku ini kaki main bolasepak cara dia main dan bentuk badan dia macam Lionel Messi. Memanglah itu imaginasi aku…takkan budak sama dengan Messi, tetapi Messi mencetus ingatan aku pada kawan aku.

Din nama dia. Aku jadi kawan baik dia sejak tahun satu....eh darjah satu setelah dilagakan oleh budak tahun enam untuk bertumbuk. Dalam perlawanan “tinju” itu aku telah bagi sebijik tumbukan padu pada muka Din. Besoknya Din datang sekolah dengan muka yang bengkak. Aku masih ingat betapa takutnya perasaan aku pada hari itu bila ada khabar angin yang mengatakan bapa Din akan datang untuk membalas dendam. Aku menjadi begitu takut…melihat muka Din pun aku tidak berani. Tetapi semuanya berubah apabila tiba waktu rehat, Din menegur aku dan menghulurkan tangan. Tidak berapa lama selepas itu barulah aku tahu sebenarnya ayah Din telah tiada.

Masa tahun 6..hehe..aku terpilih bermain bolasepak untuk sekolah. Kaki bangku macam akupun boleh dapat main bayangkan standard pasukan sekolah aku. Tetapi team aku ada Din..hantu bola. Pasukan kami hanya bermain sekali sebab masa itu pertandingan yang kami masuk menggunakan sistem kalah mati. Dalam perlawanan melawan Sekolah Kebangsaan Raja Ekram pasukan aku kalah 2-0. Kira ok juga sebab penjaga gol lawan hanya pegang bola 3-4 kali saja dan aku dapat sentuh bola dengan kaki kurang dari 5 kali… ok jugaklah tu. Tetapi hero kami sudah tentu Din yang mengejar setiap bola dari kaki lawan kalau dia tiada aku ingat mahu jadi 10-0.

Part yang paling aku tidak boleh lupa antara aku dan Din ialah kami menyukai budak perempuan yang sama…A. Aku selalu mengenakankan Din dengan A dan Din juga melakukan perkara yang sama. A ini lawa budaknya…dari kacamata budak budaklah. Tetapi apa yang aku perasan bila aku ejek Din dengan A, Din macam suka saja tapi cuba berselindung dengan mengatakan aku yang suka. Sebenarnya akupun suka juga tetapi buat buat tak suka….hehe budak budak. A tidak pernah menjadi kekasih salah satu dari kami..sebab ada budak lain sudah bagi surat dekat A..huhu.

Ada sekali aku kerumah Din. Tempat tinggalnya di quarters Race Course…tempat lumba kuda. Aku dapat lihat sebuah kehidupan yang dikelilingi oleh kuda. Tempat di mana kuda kuda dibelai macam kekasih. Tidak hairanlah Din pernah berkata suatu hari nanti dia mahu jadi jockey. Patutlah Din suka mengejar bola… sebab aku dapat bayangkan di dalam kepalanya dia mahu jadi orang yang pertama sampai..tidak kira untuk mengejar bola, berlumba lari, naik basikal dan apa saja yang bersifat perlumbaan.
.
Dinlah satu satunya orang yang pernah bagi aku makan daging kuda. Kami berpisah apabila masuk persekolahn menengah. Di perjumpaan aku yang terakhir aku dapat tahu Din tidak mahu menyambung persekolahan. Dia buta huruf dan minatnya pada pelajaran sedikitpun tidak ada. Hari ini aku sedikit kesal sebab bila aku ingat bakat bolesepaknya sudah tentu dia boleh pergi jauh jika masih bersekolah. Seharusnya sekolah bukan hanya tempat budak budak yang mahu belajar tetapi seharusnya juga tempat untuk budak budak yang suka bermain. Aku yakin Din pasti mewakili sekolah jika masih bersekolah. Sayang dia memilih mengejar cita cita yang luarbiasa..menjadi jockey.

Kanak kanak mudah lupa dan kami cepat lupa antara satu sama lain. Sejak hari terakhir persekolahan rendah kami tidak pernah berkawan lagi…dan hanya sekali terjumpa di stesyen bas. Mungkin suatu hari aku pergi cari dia kalau-kalau dia masih di tempat lama dan masih ingat pada aku.

…Teesh..

… who knows... perhaps, he misses me too...

Sunday, March 4, 2007

Panas dan Hujan

Cuaca di sini sekejap panas terik dan sekejap hujan. Bila malam hujan lebat nampak keesokannya rumput, lalang dan pokok pokok ceria disinar terik mentari. Realiti alam yang membuktikan makhluk Allah memerlukan antara satu sama lain.
.
Minggu lepas terbaca mengenai satu teori baru mengenai fenomena kepanasan melampau yang belaku sekarang. Teori baru ini tidak menolak kerakusan manusia menebang tumbuh tumbuhan hijau dan perlepasan gas gas korban dioksid menyebabkan pembentukan awan yang nipis serta mengakibatkan kekurangan hujan dan panas yang melampau. Teori ini mengutaran persoalan kenapa ketika di Artik berlaku kecairan air batu tetapi keadaan sebaliknya berlaku di benua Antartika. Berdasarkan hujah hujah mereka, penyebar teori ini telah mengutaran alasan baru mengenai kekurangan pembentukan awan sebenarnya adalah berkait rapat dengan matahari dan bintang. Di sebabkan artikel yang wa baca hari tu dah hilang maka tak dapatlah wa mengulas lebih lanjut...hehe.
.
Dua minggu lepas, pengawal di pejabat saya telah menangkap pencuri frame tingkap alumanium di bangunan kepunyaan syarikat. Penangkapan itu menjadi trajik disebabkan yang ditangkap telah patah kaki ketika cuba terjun dari tingkat satu dan menjadi lebih trajik bila besoknya isteri pencuri tadi datang ke pejabat meminta belas kasihan agar ditarik balik laporan polis. Isterinya dengan membawa seorang anak kecil yang masih menyusu memohon belas kasihan dan mengatakan pencurian itu terpaksa dilakukan oleh suaminya untuk membeli setin susu. Belas kasihan tiba tiba menusuk jantung, namun bila mengingatkan kes kecurian ini telah menjadi masalah besar sekian lama, bila salah seorang pencurinya dapat ditangkap mahu dilepas pula. Suatu hari aku termenung....benarlah kemiskinan itu adalah musuh dalam masyarakat dan cara musuh itu mahu dijinakkan ialah kita sama sama mengeluarkan mereka dari kancah kemiskinan itu.
.
Di petang hari yang sama ternampak sepasang suami isteri menaiki motosikal sambil membawa anak kecil tiba tiba memberhentikan kenderaaan. Tertanya juga kenapa... hanya tidak sampai seminit terpandang road blok sedang dilakukan. Tiba tiba rasa bersalah pula menaiki kereta yang ada lagi 4 tempat kosong.
.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada....