Sunday, July 29, 2012

Ramadhan 1433

Dulu bila tiba Ramadhan adalah masa yang aku paling suka idea idea yang keluar untuk cerita pasal Puasa dan Ramadhan. Walaupun tak semua idea itu dapat aku tulis tapi tetapi aliran idea itu yg mengalir sepanjang Ramadhan membuat aku sangat teruja. Teringat zaman masih ada orang tua....lawan makan dengan adik dan abang...haha. Tapi semua itu macam sudah kurang menjadi latar belakang kepada Ramadhan aku kali ini...aku lebih suka melihat kehadapan...adakah aku berpulaung untuk beramadhan lagi? dapatkah aku menjadikan antara Ramadhan dan Ramadhan sesuatu yang sentiasa aku tunggu bila tiba Syawal nanti....

Dah 9 Ramadhan, memang setiap tahunpun azam kuat utk beribadat...tetapi kadang kesibukan kerja, rutin harian, keupayaan fizikal, stamina dan kepala yg banyak memikir hal dunia, menjauhkan aku daripada memberi tumpuan yang maksimum.

Semuga aku diberi kelapangan serta kekuatan fizikal dan stamina untuk memaksimumkan ibadah. 


Monday, May 7, 2012

Ubat

Sejak seminggu ni aku banyak makan ubat. Dari ubat selsema sehinggalah berbagai lagi ubat yang direcomen oleh pelbagai 'pakar' bertujuan memulihkan badan aku yg rasa penat manjang. Kayuh besikalpun aku terpaksa limitkan sebab kurang tenaga.

Ini kira mengadukan diri sendirilah ni...ya ano. Ada benda yang kadang kita kena akui pada diri sendiri sebab kita takut nak kata kan orang lain sebab nanti depa bagi pendapat yg macam2...contoh macam bab ubat tadi.

Dan untuk notation untuk rekod pribadi...aku ingin nyatakan yang aku sekarang kerap terlintas dalam kepala benda-benda lama yang kadang tak pentingpun. Macam pagi tadi aku teringat pernah bela ikan puyu.

Mungkin otak putar kebelakang sikit ketika ini, sebab aku tengok yang kedepan ini banyak benda yang memerlukan adjustment dalam kehidupan yang aku sendiri rasanya belum bersedia untuk berubah.

Jadi buat masa ini aku suka tengok TV tapi takda spesifik program yg aku ikut, baca yang ringan2 dan mengayuh basikal.


Friday, May 4, 2012

Demam

Hari buruh 1 hb Mei aku pergi berkayuh dengan geng Kuala Ketil. Trek mereka agak mudah tidak memenatkan sangat tapi sebenarnya aku termiss kawasan yang berbukit-bukit sebab terlepas pandang tanda arah trek. Apa-apapun aku enjoy, sebab dengan demam selsema yang menyerang aku boleh gagah mengayuh.

Malangnya keesokan hari dan hari berikutnya kepala aku jadi sakit, mungkin sebab selsema dah tahap kritikal, maka terpaksalah aku membalon dua hari MC. Tido je kerjanya sampai badan naik lemah dik ketidoran memanjang.

So hari ni dah jadi Monday blues di hari Jumaat lah pulak. Kerja ada banyak jugak tapi mood tak mari-mari.

Kebelakangan ini Malaysia telah diserang penyakit yang sangat kronik. Pendedahan demi pendedahan, yang mana fitnah yang mana bukan. Ayat Al-quran dan hadis ditafsir mengikut kehendak kumpulan dan hati mengikut jamma'ah yang disokong.

Aku mohon keampunan Allah dan dijauhi daripada musibah yang dasyat.

Monday, April 2, 2012

Tak Jumpa

Dah lama aku tak jumpa kawan-kawan yang sangat rapat dengan aku. Malah aku dah lama tak jumpa adik beradik aku. Sedara-mara lagi lama tak berjumpa. Selalunya akan berjumpa, ialah apabila ada sesuatu seperti raya, kenduri, kematian atau lain-lain perjumpaan. Selain daripada itu jarang sangat berjumpa.

Aruah bapak dulu selalu ingatkan agar kita kuat ziarah-menziarahi dan orang kata bila kita rajin menziarah dan mengirat siratur-rahim umur kita selalunya dipanjangkan umur oleh Allah. Bapak aku rajin menziarah dan meninggal ketika berumur 80an...mungkin ada benarnya teori memanjang siratur-rahim ini.

Aku sedang berangan...kalau aku ada masa dan kesihatan yang baik aku hendak menziarah kawan-kawan dan sedara mara di seluruh Malaysia dengan menaiki basikal. Bila?... aku tak tau tak jumpa lagi tarikh yang sesuai...mungkin tak jumpa pun tarikh tu...haha.

Wednesday, March 28, 2012

Jumpa

Sejak aku ada fb dua benda yang aku dapat. Pertama aku jumpa ramai kawan fb baru yg depa panggil friend dalam istilah fb. Keduanya yang paling best aku jumpa ramai kawan lama. Tentang kawan lama ni sejak 2 bulan ni aku dah jumpa secara fizikal 3 orang.....perpuluh dah aku jumpa kat fb.

Jumpa kawan lama ada dua perasaan.....satu aku rasa dah semakin berumur dan kedua aku pernah muda sangat.

Waw!! Time is flying....kadang kadang sangat laju...

Tuesday, March 27, 2012

Jumpa balik

Jenuh jugak nak ingat balik password. Memang dah lupa langsong. Aku memang ada satu tabiat suka create password yang berbagai, itulah pasal nak ngamkan balik password dengan tempat yang kita nak masuk memang selalu ada masalah. Umpama kita pegang kunci yang banyak, tak tau mana satu nak masuk dalam lubang kunci yang betul.

Rupanya senang je, report kat link dia yg kita kelupaan password....lepeh tu follow je arahan..dapatlah aku bukak balik blog aku ni.

Btw.. darling....aku dah lama tak cakap sengsorang...and this is my first entry for 2012..

Monday, August 22, 2011

Ramadhan II

Ramadhan telah sampai ke fasa 10 terakhir. Memang sangat teruja untuk beribadat dengan bersungguh-sungguh, tetapi selalunya tiap-tiap tahun pun semangat yang sama akan berakhir dengan ibadat setakat yang mampu. Namun begitu, kepuasan beribadat itu adalah sesuatu subjektif, kita hanya dapat merasakan samada ianya memuaskan atau tidak tetapi yang menuntukan ganjaran dan balasanya hanya Allah, kepadaNyalah dipanjatkan puji-pujian ...Subhanallah..Allhamdulillah.

Pada aku tahun ini adalah Ramadhan yang penuh dugaan. Hampir 4 hari berada di hospital dan hampir 10 hari mc dan asyik pergi balik hospital sesuatu yang tidak sama sekali aku jangkakan. Dalam hidup ini kita akan selalu di beri peringatan, seperti surat reminder dari bank agar mebayar hutang. Begitulah dalam hidup tentang janji kita dengan Allah, akan sentiasa diberi peringatan. Seingat aku telah beberapa kali ``reminder dari langit” itu sampai kepada aku. Kali ini ia datang dibulan Ramadhan, pada aku menjadikan ianya sesuatu yang special..``peringatan khas dan bersifat istimewa’’. Bila teringat mati benda yang pertama teringat adalah mampukan diri ini terlepas dari azab...semasa hidup kita diuji dengan sakit, susah bernafas, pening, tak larat, panas, tak selesa dan macam-macam lagi, bayangkan azab itu adalah berkali ganda lagi diakhirat nanti...Astaghafirullah.

Di sebelah cerita yang lain pula, bahang keseronokan hari raya telah mula terasa. Sana sini di pejabat, di bazar Ramadhan, di fb dan merata tempat lain orang telah mula memperkatakan tentang kuih raya, baju raya dan eksesori-eksesori raya yang lain. Akupun dalam keadaan yang tak berapa sedap badan ini tumpang sekaki menyediakan apa-apa yang patut untuk beraya...rayer ler kate kan...Allahu Akbar!!.