Monday, October 11, 2010

Panggilan haji telah tiba lagi...

Apa yang kita buat pada hari ini..tadi..10.10.10. Tengok Syekh.. fly to the moon..? haha..

Apa pun…tajuk aku tu.. lagu nasyid tuh..sangat popular..dan satu satu nya lagu yang aku tahu sama standard dengan lagu2 raya bila tiba musim raya puasa.

Sekarang dah masuk bulan haji, ramai orang yang akan berangkat menunaikan haji. Aku masih belum menunaikan haji tetapi aku pernah pergi Mekah dan Madinah dapatlah aku bayangkan sedikit sebanyak kehebatan perasaan semasa berada di sana. Aku seperti berada dekat dengan Allah lebih dekat dari bila-bilapun yang pernah aku merasa diri aku dekat padaNya. Di Madinah, aku dapat rasakan lebih dekat dengan Rasulullah seperti aku diperhatikan Baginda bagai seorang sahabat yang dikasihi. Hebatnya perasaan itu membuat aku “iri hati” melihat orang pergi menunaikan haji.

Dan aku rasakan akhirat itu terlalu dekat bila di Mekah. Andainya akhirat itu di langit tentulah berada dipuncak Gunung Everest lebih hampir dengan akhirat, tetapi tidak begitu agaknya. Lagipun aku tidak mungkin dapat ke Gunung Everest untuk mengukur jarak itu. “Jarak” yang sebenarnya perasaan aku sendiri. Tentang gunung, setakat ini Gunung Jerailah gunung paling tinggi pernah aku sampai. Gunung Jerai di sini dalam buku pelancongan negeri, mereka panggil Kedah Peak. Bermakna ia adalah kemuncak yang tertinggi di Kedah tetapi dalam soal tadi, aku tidak merasa lebih dekat dari yang aku rasakan ketika berada di tanah haram.

Insyaallah ada gilirin aku pula nanti.

Dan aku dekat sini sedang teruja untuk berkayuh di Kuale Kangso…kat sini.

http://kualakangsarmtbjamboree2010.blogspot.com/

Bandar peberet teman di Perak..tapi sudah tentulah selepeh Ipoh. (Ipoh mali kencing ada munyi…hehe. “Ada munyi” adalah term yang betul bukan “talak munyi”. Kenapa?..entah la…haha.) Sangat teruje bila aku kembali beraktviti di KK selepas sekian lama. Masih aku terbau-bau kelat warna teh susu Sg Perak dan sesekali gulai tempoyak dicelah-celah lorong rumah kampong di Bukit Chandan. Kayuhan pada hujung bulan ini seperti homeground la pulak. Itulah yang teman rasekan sekaghang ni yob!!.

Dan untuk meneruskan keterujaan aku tentang gerek…seminggu lepas Kuale aku nak gi kayuh kat Sintok pulok…semi homeground gak tu…